RSS

Friday, April 30, 2010

PERANCANGAN AKTIVITI MGC

Hasil dari perjumpaan semua Guru Cemerlang bersama En Muhammad B Mahmod pada 8 April nan lalu, beberapa aktiviti telah dirangka. Justeru dalam perjumpaan susulan yang dilangsungkan pada 29 April yang lalu, satu resolusi telah diambil dan berikut beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang:
1 Pembinaan Modul Soalan
2. Seminar Kajian Tindakan
3. Seminar Kecemerlangan UPSR, PMR dan SPM

Semoga aktiviti yang akan kami laksanakan nanti akan berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan, serta mendapat kerjasama daripada semua Guru Cemerlang daerah Pasir Gudang.
Selamat menjalankan tugas.

Friday, March 19, 2010

PERJUMPAAN DENGAN TUAN PENGARAH




Perjumpaan dengan Tuan Pengarah pelajaran Negeri Tn Hj Sufaat bin Tumin telah berlangsung pada 15 Mac 2010 bertempat di bilik beliau. Seramai 11 orang AJK Majlis Tertinggi Negeri dan AJK MGC Daerah Pasir Gudang telah terlibat dengan pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan tentang perancangan Program persidangan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan April nanti. Pada dasarnya Tn Pengarah bersetuju dengan perancangan program MGCJ dan bersedia untuk bekerjasama menjayakan program kami. Terima kasih tuan atas keprihatinan pihak tuan.

Wednesday, March 10, 2010

PERBINCANGAN AWAL




Perbincangan awal dengan AJK Tertinggi MGCN Johor dijalankan di SMK Datuk Syed Esa, Batu Pahat. Perbincangan yang dijalankan menghasilkan input yang bermakna untuk dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri kelak. Apa yang diharapkan hasil perbincangan kami nanti akan diluluskan sepenuhnya oleh pihak jabatan kelak.

Thursday, March 4, 2010

PERSIDANGAN GC - TUAN RUMAH




Persidangan GC tahun ini bakal dilaksanakan di Pasir Gudang, justeru MGC daerah kami telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan perjalanan persidangan. Di sinilah bermulanya tugasan kami. Perbincangan dan perancangan bermula dalam kesibukan kami memulakan sesi awal persekolahan untuk tahun 2010 ini.

TERIMA KASIH, TUAN



Terima kasih kami ucapakan kepada En Supiandi b Sufa'at atas kesudian beliau hadir ke Seminar Profesionalisme MGC Pasir Gudang, pada 21/11/2009. Kami amat berbesar hari atas kesudian beliau bertemu dan beramah mesra dengan semua GC yang hadir pada hari tersebut.

SEMINAR PROFESIONALISME MGC 2009




Satu Seminar Profesionalisme telah dijalankan bertempat di Hotel Selesa pada 21 November 2010, melibatkan semua Guru Cemerlang daerah Pasir Gudang. Dalam kesibukan bertugas sebagai pengawas peperiksaan, guru-guru begitu komited dan menghadirkan diri ke seminar yang telah dirancangkan. Dua orang penceramah jempuan telah diundang khas bagi mengisi slot seminar berkenaan. Syabas, kerana seminar tersebut telah berjaya.